Tuesday, June 5, 2012

Hati Yang Memilih..

Cuti Dua hari dihabiskan dirumah sahaja..Sabtu,Ahad,Isnin,Selasa..Berbaloi tak..Sangat Berbaloi..Tapi oleh disebabkan faktor kesihatan makanyer cuti begini terbuang macam tu aje..Tuhan itu maha kuasa..mungkin dengan itu aku harus lebih berhati2 memilih makanan,Apa yang aku cakap dan apa sahaja yang telah diberi nikmat olehnyer..tak perlah..Bukankah sakit itu penghapus dosa..

Baru selesai balik Ambik barang kat Pandan Indah..Tak banyak barang yang aku rasa patut aku simpan..Selebihnya sepatutnya aku dah lama buang..Kenangan banyak sangat kalau nak diperceritakan satu persatu..kalah episod sinetron indonesia..

Kenapa aku tak macam dulu, Segalanya macam2 malas ..nak berkawan dgn org pun aku malas..Bukan aku tak mau bercampur gaul..Aku telah dewasa, aku berhak memilih siapa kawan aku dah kemana haluan seterusnya..org lain tak berhak ok..dah 7 Tahun aku hidup di negeri org..aku rasa tak de masalah semua tu..jumpa kawan2 say hi dan kenalan rapat masih lagi kitaorg jumpa cuma sempat bersay hi hi sahaja..

Dunia ini terlalu kecil untuk diperbesar2kan..Kadangkala kita harapkan dapat pergi jauh sekali dua..tapi belum ada rezeki..Duit jugak terbuang dik kerana kegagalan sendiri menyimpan..adoii..apa nak jadi dengan aku nie..baru awal bulan duit dah melayang2..senangnyer..

Baru tadi pergi Pavillion..Beg dari Butik MUJI itu sangat memanggil2 ..aku dapat rasakan..Bila kita punyai rezeki yang lebih sikit kita dah tak nak pakai barang2 yang murah2..itulah hakikat sebenar kehidupan..adakah aku tergolong dalam golongan2 seperti itu..Ya Tuhan..Selamatkan lah aku..

Sememangnya "Demi masa ..Manusia dalam kerugian.." aku dah banyak abiskan masa..Tidur2 ..tak de kerja lain..Mencari dan terus mencari..semoga dapat apa yang aku inginkan..

June telah tiba..Kita start.."Rambut Baru"

No comments: