Monday, August 30, 2010

Kalau Kau Tahu..


Tiap kali aku lihat kamu

aku tidak bisa berkata apa

aku teruskan melihat dan terus lihat

dan kali ini aku berhenti ..


kerana kedegilan aku ..

aku terus begini..

melihat tanpa suara..

tapi hati tetap meronta..


Kalau kau tahu..

aku dah lama nak luahkan..

aku suka kamu..

hmmm..


Kan baik kalau kau menyedari..


oleh itu...


Biarlah ianya menjadi Rahsia...


Selama-lamanyer..


hmm....

Sunday, August 29, 2010

Rasa InI


Kalau aku lihat kamu

adakah bisa terjawap

kesunyian ini..


Kalau aku benci kamu

adakah meleraikan

segala kekusutan..


Kalau aku Hina kamu

adakah aku puas

dalam menjalani hari mendatang..


Kalau aku inginkan kamu

tidak takutkah aku

akan janji-janji palsu itu..


Kalau rasa ini hadir..

adakah aku mampu

mengatasi hingga nanti aku kecewa


Atau ...


Aku harus bertahan

dan kekal dengan pendirian

tuk terus pergi dari hidupmu..


Adakah aku mampu...

Saturday, August 28, 2010

Tamat


Sememangnya

saat indah ..

bila kau hadir

menemani ku..


Kita sama-sama

lalui detik itu..

tanpa sepatah kata..

tapi kita berdua

saling mengerti...


Rasa yang hadir

Degupan yang tidak kelihatan..

Sentuhan yang memberi makna..

menyimpan sejuta harapan

aku pada mu..


Tapi ..kita sama-sama gagal tuk bertahan..

kau gagal...aku juga gagal..


kerana ..

kita tidak berjaya tuk menyatu..


mungkin ..


Segalanya sudah Tamat..

Thursday, August 26, 2010

Terserah..

Kau kata kau suka

sedang tadi

kau menjeling

yang lain


Kau kata itu kawan

tapi kenapa

sms dia dibalas

tanpa rasa jemu


Kau kata aku cemburu

memang aku cemburu

hati mana yang tidak terguris

jika dipermainkan..


kau kata kau tidak bersedia

kalau tidak bersedia..

apa makna cinta ..

dalam dirimu


Kau kata tunggu dan lihat

aku bukan jenis penyabar..

mana boleh begini..


hinggakan akhirnya

Aku katakan pada mu..


Terserah...


aku pasti pergi jua..



Monday, August 23, 2010

Semoga Kau Puas


Tidak tidur

lalu ku bangun

berjalan tidak

hanya termenung..


perpisahan ibarat

tali tergantung..

kau biarkannya..

tanpa membela..


Salahkah aku membenci

sedang erat tangan dilepas

atau nanti aku menangis

baru lega ..


sesungguhnya kau gembira

berbuat begitu..


Dan ..


nanti kau takkan berhenti..


Puaskan..?

Sunday, August 22, 2010

Jangan Kau Lupa

Kalau Hari Ini Kau Buat Aku Menangis..
Jangan kau lupa giliran kau pula..

Kau biarkan aku menanti dirimu
hingga lewat malam
Jangan Kau lupa
Malam mu pasti Sunyi..

Jika kau kata Cinta itu dimana-mana
Jangan kau lupa..
Permainan ini belum tamat..

Jika kau bermimpi satu hari nanti aku hadir
Itu bukannya dendam ..
tapi takdir..

Jangan kau lupa..
kecewa yang aku alami
bukan ku pendam
sebaliknya itu adalah
Penyebab kau pernah lakukan begitu..

Aku tidak pernah lupa..
Tidak sekali-kali..

Kembali


Kawan-kawan saya telah mencipta satu lagi blog saya yang baru..
saya harap impian saya tuk bercerita terus berkembang..

Perjalanan diteruskan..mungkin akan jadi lebih menarik...

Mari kita teruskan..yeahhh...