Monday, April 23, 2012

Katakan Tidak...


Nasib baik bangun awal tadi pagi..Terasa segar dan dapat buat kerja dengan jayanyer..urmm cuma ada beberapa perkara lagi nak kena update..Semalam dapat download lagu dalam Ipod..terasa sangat kepuasaan walaupun putarkan lagu2 yang sama tapi terasa tidak sunyi lagi..

Cerita pasal semalam, Tidak banyak benda dapat dibuat dalam masa satu hari,Selain Gym,Dengar lagu,bukak Fb, layan twitter..jumpa org..dan juga melayan perasaan yang entah aper aper nie..terfikir tuk melihat dia di TV..tak sangka dia bertambah hebat sekarang nie..memang sesuai dengan watak dia..mulalah jatuh hati..tak sangka dia sangat berbakat..aku juga boleh tapi..aku tidak punya banyak masa lagi..laluan aku amat berlainan...

Terlalu banyak benda baru sekarnag nie..aku percaya tidak lama lagi facebook akan ditinggalkan ..sebab org lebih suka Instagram dan juga Pinterest...wah semakin hebat dan semakin senang tuk aku kotakan janji tuk mengupdate blog dengan gambar terbaru..

Hari nie agak terkejut ..harga Fotoshoot dinaikkan harga..malah ada org buat hal disebabkan harga tiket rm500 ringgit..setakat party2 macam tu aku tak heran i can get free and VIP also..cuma tak nak belagak dan juga dunia fashion ni ada turun dan naik..kenapa perlu cerewet sangat..buang masa..

Borak dgn kawan lama yang lebih lama dalam bidang fashion..dia kata kalau adik2 macam tu janganlah dilayan..lagipun aku faham majlis dia lebih gah dari yang lain..sangat happy bila dapat sokongan macam tu..

Dunia ini banyak cabaran..kadangkala kita sendiri tidak tahu kenapa org nak buat baik dgn kita..dan agenda tersembunyi juga kita tidak sama sekali tahu..kalau hari ini melakukan kesilapan esok harap tidak lagi..

Yang penting..Aku inginkan bahgiakan semua..walaupun sekarang nie..aku tidak pandai tuk melawak macam dulu..senyum sangat senang..tapi yang sebenar2nya agak susah..kerana aku bukan jenis yang suka buat2..

satu lagi..Aku tidak pandai nak jaga hati org..

hmmm...memang susah..bila ada yang berkecil hati..makanyer

kita tidak akan bergurau lagi.

Sunday, April 15, 2012

Tahu..

Agak malas kebelakangan ini..Rasa ngantuk,tak mahu ke Gym,Malas nak Jalan2..Lelebih lagi Master sudahpun balik ke Tokyo..Penat aku menghafal satu persatu perkataan yang ada dinegara Matahari terbit itu..Kenapa harapan aku untuk kesana.."Kenapa aku perlu kesana"..Padahal impian sebenar adalah ke Kota New York..Kota besar yang penuh romantik dan juga pelbagai acara menarik bisa aku lihat disana..hmmm baik aku fikirkan baik2..

Keadaan agak terkawal...Hari2 aku belajar benda baru ditempat kerja..tak pernah aku rasa jemu atau mual utk pergi kerja..Aku bersyukur sangat2 kerana aku dapat ramai sangat kawan yang baik2 dan aku rasa gembira..pengalaman lalu juga mengajar aku supaya menjaga adap dan memberi adalah baik dari menerima..itu satu perkara yang penting sekali..walaupun kekadang aku ni agak blur dengan dunia aku sendiri.

Sekarang aku telah kembali ke rumah Master..Duduk kat sini best , ada kolam, ada pemandangan cantik2..boleh berimiginasi, dan juga boleh bersendiri..entahlah aku pun tak tahu ..tapi aku suka bersendiri..aku suka berkarya dan duduk sorang2..mungkin memberikan sedikit ketenangan dalam diri..Mungkin Orang kata aku agak sombong bila tinggal di Kondo mewah..tapi ini bukan rumah aku..ini rumah tumpangan sahaja..aku telah diberi amanah..dan aku masih menjalankan amanah ini..jadi sama2 memberi dan merasa..dan biarlah aku tahu sahaja kenapa aku kekal disini.

Plan untuk bulan ini..Aku teringin nak balik Kampung..Mungkin aku akan balik Awal bulan Mei..Mungkin lebih meriah..Majlis perkahwinan Wan aku tak dapat pergi, dengan card yang dia bagi mungkin aku boleh kirimkan hadiah kepadanyer tanda ingatan tulis ikhlas..Maaf wan aku tak dapat nak tengok ko kawin..mungkin sempat pergi majlis jiran sahaja..i hope so.

Aku masih fikirkan pasal Renion Kolej pada November..kalau tak jadi pergi Jepun pastinyer aku akan bersama2 kawan2 dikolej..dah lama tak jumpa mereka rindu rasa hati..

Dengan Ditemani Mac Air,Iphone,Ipod..aku rasa hidup aku tak de la rasa sunyi sangat..lelebih lagi dapat main Instagram yang awwsome..

Kembali ingat kenangan lama..aku terjumpa Notty di Instagram..kemudian dia hilang..Kenapa dia lari dari aku..Sedangkan Kisah kami telah tamat..

aku tak tahu..tiada jawapan.

Sunday, April 8, 2012

Cuba..


Pada Petang2 Macam nie..
Di kampung dulu saya selalu keluar jalan2..
kalau tidak ke Taman Permainan..
Saya akan pergi mana2 pantai duduk lama2 disitu..

Dari dulu lagi ..
Saya suka abiskan masa dengan semua itu..
Kalau tidak Renang,Baca Komic atau pun ke library
Saya akan tidur..

Tapi disini..
Saya perlukan kenderaan..
Ummm mungkin saya perlu dapatkannyer segera..

Agar tidak susahkan sapa2..
Saya Cuba tahun ini.
Agar saya tidak ketinggalan kesemua
yang pernah saya miliki.

Friday, April 6, 2012

Difficult


Kenapa Perlu Tanya SIAPA Aku..
Sedangkan Kalian Pernah Lalui Pengalaman Bersama-sama..
Kadangkala ..Ada Marah..
Kadangkala..Ada Suka..
Kadangkala..Ada-Ada sahaja..

Tapi Kenapa..
Seakan Kalian tidak pernah Paham..
Atau mungkin perlukan Seribu Tahun untuk Memahami..

Aku seorg yang DIFFICULT ..
Aku tidak Restukan Segalanya Diketahui..

Tapi kita tetap kawan kan..
Bukankah itu yang Kalian Mahukan..

Terimalah Seadanya...

Thursday, April 5, 2012

Kasut Cinta


Aku fikirkan dia..
Mungkin dia pernah fikirkan aku..

Bila kami saling berfikir..
mungkin akan tersenyumm...

Sayang dan cinta itu sekejap..
tapi kenangan ..

Selamanya


Sunday, April 1, 2012

April Menjelang..

Pilihan Movie Pada April InI (Paradise Kiss )

Buku Baru

Sudah mencecah 4 Bulan aku di Company baru..Sudah 8 Tahun aku kat KL nie..Segala susah payah usahlah dikenang kerana jatuh bangun aku ..hanya aku sahaja yang tahu..

Tanya2..

Sememangnya impian itu sesuatu yang nyata dan ingin diimpikan oleh semua pihak..Aku juga sukakan sesuatu yang baru..Sesuatu yang Fresh hasil seni dan ilham aku sendiri..

Mereka bertanya ..Kenapa Karya aku ni pendek2 sahaja..Urmmm..Jawapannyer : "Aku pernah tulis banyak benda..Dari Poem,Kisah Cinta,Kisah Hidup,Kisah Org..Kejadian serta pengalaman dalam blog aku..Mungkin ada baiknya aku utarakannyer kembali..Cuma takut juga terbongkar segalanya sehinggakan tiada rahsia dalam hidup aku yang boleh aku simpan.."

Aku sedar bukan mudah untuk org lain faham,dan mungkin juga aku punya cerita tersendiri yang aku sendiri gemar buat..Biarlah aku dengan dunia seni aku..Kawan2 aku ..Dengan siapa aku bergaul..Aku nak jadi aper..Bukankah masing2 ada impian dan harapan masing2..janji bahgia..betul tak ?

April Pun tiba..

Bukan senang untuk menunaikan hajat diri..Nak Balik Kg..Nak pergi bercuti..kekadang aku rasa agak jauh tuk dapatkan semua itu..Mungkin juga aku ni seorg yang tak tahu nak plan..kalau rasa nak buat aku buat ..kalau rasa tak nak..maka tak nak lah..cuma bila dah terhantuk barulah aku sedar benda itu adalah sangat salah..Tak der Guideline lagi..

Apa yang penting sekrang nie..April bakal tiba..banyak lagi yang perlu aku kejar supaya dapat berdiri dengan bakat yang aku miliki..asyik follow org ajerk susah juga..urmmm..tapi tak per..itu satu pengalaman yang memang aku nak rebut..Apa dia..

Akhir Kata ..Kita Panjatkan Kesyukuran Dengan Nikmat yang diberikan..Gunakan sebaik mungkin..jangan putus asa..dan sentiasa Ikhlas memberi dan menerima..Amin.