Saturday, October 9, 2010

Pernahkah Terfikir

Pernahkah Terfikir
Aku disini
mengenang..
dikau..

Pernahkah Terfikir
bahawa aku
amat merindu
belaian
yg telah
hilang...

Pernahkah Terfikir
bahawa ..
tangisan itu
pengubat segala..
kedukaan..


pernahkah terfikir
dengan sikap mu
yg menguris itu..

aku mampu

Bertahan..

Datang dan Pergi

Hidup ini ibarat roda
terkadang diatas
terkadang dibawah

Persahabatan itu
sangat berharga
lebih dari beratan
segunung emas

Kasih sayang ku
tidak ternilai
kepada insan2
yang menghargai

Rinduku
sentiasa ada
kepada mereka2
yang sentiasa dihati

Aku datang
hanya utk kalian
aku pergi
demi kejayaan

Izinkan aku undur diri
dengan tanda ingatan
seikhlas hati..

sayang korang semua..
sampai jumpa lagi..

Lepas nie tak der lagi budak Notty kat Umobile tu hahaha..

Andai kau Tahu..

Apa benar Ucapan itu
Kata-kata yg kau suka pada ku
Melihat ku , Merenung ku
Mendambakan diri ku..

Adakah kau tahu
Hati ku cukup tersentuh
Dengan kata-kata
Yang kau lafazkan

Melihat diri mu
Aku tersenyum..
Seakan tidak pernah percaya
Hinggakan aku terdiam
Membisu..tidak terluah..

Aku suka keikhlasan itu
Keikhlasan yang kucari
Selama ini..hingga diri
Diminati..

Adakah aku perlukan masa
Dan kau bisa memberi ruang
Utk ku berfikir sejenak..

Rabunkah aku menilai cinta
Yg datang tidak diundang
Tapi penuh dengan persoalan
Adakah aku bisa jadi yg terbaik
Demi membahagiakan diri mu..

Tahukah engkau siapa diri ku
Andai nanti kau tahu..
Sudikah engkau Menerima…
Aku seadanya…


Suara-Suara

Membisu tanpa kata
membangkitkan emosi
yg kian layu..

Suara-suara yg ada
seakan berbisa
lemah longlai
tiada tenaga

senyuman itu
tiada kuasa
seakan sepi
lalu terdiam

Aku hampa
dalam suasana
mengintai peluang
yang menyiksa

kepandaian yg ada
telah ternoktah
kebodohan juga
yang dikatanya..

Terdengar suara-suara
seakan berbisik
menyalahkan diri
terus emosi..

biarkan bersepah
ke serata negeri
menilai diri
jahatkah aku ini..

terdengar suara-suara
yang amat bisa
menyalahkan segala
musnah suasana..

aku terdiam tidak terkata
suara itu kadangkala pemusnah
segala...

MungkinKah..

MungkinKah..
kebahagiaan datang
secara tiba-tiba..

Atau esok yg dinanti
penuh lesu
tanpa jawapan..

MungkinKah..
Mereka relakan
kita bersama

Sedangkan
yg ada sekarang
amat mengelirukan..

Mungkinkah
Aku telah lupa
Akan Luka yg lalu

Hinggakan
sesiapa sahaja bisa
melukakan..

Mungkinkah..
Aku bisa Bersama mu..
Selamanya Begini..

Hmmm mana andai mungkin..

Dilema

Sabarkan aku
Dengan keputusan
Guris hatiku
Dengan jawapan

Nyanyikan aku
Lagu gembira
Sedangkan kedengaran
Suram sahaja
mungkinkah melodi
Bisa tercipta
Sedangkan hati
Duka nestapa

Bicarakan aku
Pada ketentuan
Hanya dugaan
Yang diberikan
Terima hakikat
Rela melepaskan
Demi kebahagiaan
Insan yg kau sayang

Sedang dalam hati
Amat memerlukan..
Lepas tangan ku
Jangan kau genggam
Kerana segalanya
Akan diabadikan
Untuk ketentuan
Masa hadapan

Aku terima
Segala jawapan
Walau amat pahit
Tetap ku telan
Dalam hati
Amatlah sayang
Tapi aku tidak
Boleh disamakan

Lihat Wajahmu..
Sesungguhnya
Aku dalam dilema..

Kalau Kau Tahu

Kalau Ku Tahu
Bisa bina tembok batu
Tidak ku terdampar
Di halaman tidak bertiang..

Kalau ku tahu
Jiwa Kosong yg mahukan sesuatu
Tidak ku merayu
Lalu bisa ku isi dengan pengorbanan

Kalau ku tahu..
Wang ringgit adalah punca perpecahan
Tidak ku inginkan sesen suapan
Dari mereka yg suka menghitung kekayaan

Kalau ku tahu
Pergorbanan ini hanya sia-sia
Tidak akan aku cuba tuk bertanding
Memikat jiwa yang tidak pernah ada perasaan..

Kalau ku tahu
Hidup ini penuh cabaran
Tidak aku menyesal menyusuri malam
kerana ku yakin segalanya akan aman..

kalau ku tahu..
tidak aku katakan sesuatu
hingga tiba saat ianya
sangat menguris perasaan

Malangnya..

aku tidak Ambil tahu..

Tiada Erti

Redup mata merenung dikau
Setiap sentuhan masih dirasai
Apakah diri perlu disayangi
Untuk meminta jauh sekali

Kepedihan itu tetap terasa
Dikala dikau berlalu pergi
Merasa sunyi dalam diri
Seakan melayang tidak bertali

Tidak punya daya dan kuasa
Menahan diri terus emosi
Bertanya lagi sampai bilakah kita ini..
Sedangkan segalanya tiada erti

Jika kau kembali

Bagaimana..Segalanya..

Tiada Erti lagi..

Tidak Mengerti


Aku cuba..
kali ini..
dekat diri mu
sekian kali..

tidak kau mengerti
debaran hati
merasa indah
hanya disini

3 minit masa diberi
mendengar suara mu
yang ku rindui..

sepi..

aku sunyi
dalam diri
menanti kau
berkali-kali

sabar ..
mengerti..
sesungguhnya ..
sesuatu yang indah
bukan selalu dapat diraih..

telah ku cuba..
tapi kau..

Tidak pernah mengerti..

Hey Cinta

Percayakah aku pada cinta
sedangkan ayatnya hanya
5 perkataan sahaja..

Sabarkah aku menunggu cinta
sedangkan hati ..
masih belum berpunya..

Risaukah aku tidak punya Cinta
mana mungkin risau
ada yg cuba lafazkan
tapi hati belum menerima..

Mana mungkin ada cinta
kalau yg datang hanya sementara
dan hanya mau main-main sahaja..
berjalanpun tidak pernah jumpa..

Hey Cinta..
Jangan kau pergi..
kerna aku belum sempat
menyebutnya..

cinta oh cinta..

09.09.09 ( Tidak mau Ingat Lagi )

Aku lupakan dia kerna kau
aku tinggalkan dia kerana kau
aku setia pada kau kerna dia
aku lakukan semuanya hanya untuk kau..

Aku coretkan kata2 buat kau
aku katakan segalanya tentang dia
aku menangis kerana kau
aku menulis kerana dia
lalu..
disalah ertikan oleh kau..

Aku tidak mahu kehilangan kau
kerna kehadirannya mahukan aku
setia aku kerana kau..
cukup diatas kesalahan dia

Jangan tinggalkan aku kerana dia
sedangkan aku perlukan kau
hubungan ini hanya aku dan kau
kerana aku tidak perlukan dia

Salah faham kau..
kerisauan aku..
kenangan lalu biarlah dia..

Tarikh ini buat aku,kau dan dia..
cukup aku tidak mahu ingat lagi..

Aku hanya mahu kau tahu..

Aku tidak sanggup kehilangan kau..selamat tinggal dia..

P/s : Tarikh ni buat aku Pening...09.09.09 dah tak mau ingat lagi...

Bintang Itu

Bintang itu teman ku
Tika aku sendiri
Dikecewa

Bintang itu Teman ku
Tika malam sunyi
Tidak berteman

Bintang itu Teman ku
Bersinar terang
Menyinari Malam

Bintang itu Teman ku
Tatkala aku gundah
Lalu memandang mu

Bintang itu Jauh
Tidak bisa gapai
Tapi di hati
Tetap menerima

Adakah engkau bisa..
menemani ku..
bersama ku..
Selamanya..

Yang bisa digelar
Bintang itu..

Tiada Lagi

Aku baca msg kau kembali..pedih..
tidak serikkah engkau mengecewakan aku
tidak puaskah kau menyakitiku
membiarkan aku dan bersenang lenang disana.

Kau sentiasa bahgia disana..
cukuplah aku rasakan keperitan yang menyiksa jiwa
terkadang aku rasa lebih baik engkau terus pergi
dari muncul hanya seketika..

Hari ini kau berikan senyuman..
kemudian penghinaan,derita dan juga riak bangga
kerana setiap apa yang kau inginkan
segalanya bisa kau raih tanpa
rasa kecewa..

tapi aku ...
setiap kali aku perlukan diri kau
kau tidak pernah muncul ..
malah memberi seribu alasan
yang bisa digunakan oleh org lain..

cukuplah ..
kerana segala kemahuan itu
tiada lagi buat kamu..
aku bahgia bersama teman2ku
dan juga duniaku..
aku cukup serik tuk melihat dan menilai diri kamu

luka ini semakin dalam..
setiap kedukaan ku ..
yang berlaku kini..

Kau bakal merasakannya..

Lihat Kamu

Lihat kamu..
Kamu gembira
Bersama teman2 mu
Bergelak tawa
Bergurau senda

Aku..
Hanya mampu melihat kamu
Nak gapai tidak sampai
Nak luah tak terluah
Hanya mampu berharap..
"Kenapa kita tidak seperti itu"

segalanya rahsia..
adakah sampai bila-bila..

Lihat kamu..
Senyumlah pada ku
kerana senyuman itu amat
bererti buat ku..

Lihatlah aku..

Mana Ubatnya


Mana Ubatnya
Jika ku sendiri
Berjalan seorang
Memandang langit..

Mana Ubatnya
Jika ku rindu
Bertanya khabar
Kemudian sayu..

Mana Ubatnya
Untuk Hati ku..
Mengenang kamu
Bertalu-talu..

Mana Ubatnya..
Jika lelah ku..
Mengharap belas
Kasih dan sayang..

Mana Ubatnya
Jika kau tahu
Sedangkan masa
Hanya utk Teman-teman mu..

Mana Ubatnya..
Buat diri ku..
Hingga nanti…

..Aku pergi..

Merah


Merah jiwa ku
kerna kamu
diri ku indah
segar dan mekar

Merah hati ku
kerna sayang
beralun melodi
dirimu terbayang

Merah perasaan ku
ingatkan kamu
setiap masa
setiap waktu

Merah warna ku
jangan kau ragu
kerana sayang ini
tidak mungkin
berlalu..

hingga akhir nanti..
kekal bersama mu.

Dekat Dengan Ku..

Dekat dengan ku
Kerana aku mahu tahu
Kehidupan mu..
Jenaka mu..
Gurauan mu..
Dan bisikan mesra yg jarang2
Kau perdengarkan itu..

Dekat dengan ku
Kerana jarak waktu yang memisah
Membuatkan aku sering kali berasa duka
Dan berharap kau biasa bawa ku bersama
Mengharungi zaman dewasa tanpa rasa
lelah..

Dekat dengan ku
Selagi sampai waktu..
Akan aku sentiasa dan selalu
Melihat mu..

Berada disamping ku.

IkhlasKah Hati

Ikhlaskah Hati
menunggu nanti
tatkala rindu
menerjah jiwa

Ikhlaskah Hati
merasa sayang
sedangkan segala
hanya bayang-bayang

Ikhlaskah Hati
merestui diri
berkata-kata
tanpa ada balasan

Ikhlaskah Hati
menanti..
sedangkan dirinya tidak mengerti
bahwa sayang yang ku beri
sampai ke mati

Ikhlaskah Hati
berkata lagi..
Adakah aku kekal disanubari..?

Sepi..
Tiada Jawapan..

Kalau Dia

Kalau dia Dahaga
dia tahu macam mana melegakan

Kalau dia kenyang
dia lupa akan segala kenangan

kalau dia dengan Kawan-kawan
dia pasti hilang ingatan terhadap aku..

Kalau dia marah
entah..dia tak pernah marah.

kalau dia Lonely
pernahkah dia Lonely ?

kalau dia sayang
dia kenal ke makna Sayang ?

Kalau dia Cinta
Dia tak mau bercintalah sedih!

Kalau dia Ikhlas
Kenapa dia tak pernah nak bawak jln2

Kalau dia Mahu
Dia datang cari aku

Kalau dia Masih ingat..
Itu kalau dia ingat ..

Kalau dia lupa ..
macam mana ..

hmm..dia selalu lupa..

kita tunggu 17sept.

Diam

Aku Bukan pendiam
Aku tidak terlalu diam
Aku hanya mau diam
Aku diam dan terus diam

Tidak bercakap lalu ku diam
Mereka bercakap aku diam
Diamkah aku jika mereka diam
cakap sahaja jgn diam

Bicara tanpa diam
Diam tanpa bicara
Ada yang bertanya “Kenapa Diam?”
Hanya tersenyum lalu diam

Rindu dalam diam
Benci dalam diam
Marah dalam diam
Dendam dalam diam

Diam tanda suka
Diam tanda benci..
Diam dalam sedih
Diam sengaja diam

Bising..shhhh..Diam!

Terasa


Terasa sedih
tapi mampu tersenyum

terasa senyum
seakan dibuat-buat

Terasa hampa
tapi masih mahu melihat

terasa resah
jiwa masih bergelora

terasa diabaikan
benarkah diabaikan

terasa kecewa
hati mau menangis

terasa menangis
tapi tiada air mata

terasa nak terjun bangunan
nanti tak leh type note lagi..

Terasa Ngantuk..
lebih baik tido..zzzz

Ku Harapkan..

Kuharapkan
pagi ini jika ku bangun
aku mau senyum

Kuharapkan
petang ini aku
bisa tersenyum
terima sms mu..

kuharapkan
malam ini kau hadir
menemaniku
dan bisa menenangkan jiwaku
yang gundah gulana..

aku hanya harapkan kau sahaja
berharap..tanpa melupakan aku..

berharap...kau sedar akan harapanku pada mu...

Tentang Cinta,Benci Dan Rindu

Cinta ..
Dulu kita saling cinta..
kau tersenyum aku turut tersenyum
kita bina segala hingga saban waktu
tidak sabar tuk berjumpa..
aku memang benar2 cinta..

Benci..
setelah kau khianati cinta
aku terus membenci
malah melihat,menatap gambar mu juga
aku benci..
kenapa aku benci..setelah merelakan kau pergi?

Rindu..
Rindukah aku pada dirimu ?
Rindukah engkau pada diri ku..?
Aku lebih rela berlalu
dari terus memberi jawapan itu..
cinta,benci,rindu aku buntu..
tak tahu mana satu dulu...

lalu...

aku akhirkan cinta kita
menghentikan benci tuk bilang rindu..

Sememangnya..
tidak punya kekuatan tuk membina
kerana Dunia ini bukan aku yang punya
tuk menentu arah tuju kita..
Segalanya yg pasti kau bakal rasa..

Kerana ..

Kau semakin dewasa..

dan bisa menjawapnya..

"kini terlambat sudah tuk dipersalahkan..
kerna skali cinta...Aku tetap Cinta.........."

Saat Ku Punya Kamu

Saat Ku Punya Kamu
tidak terkata bahgianya aku
menatap wajah mu tanpa jemu
bila kau hadir tuk diri ku..

Saat ku punya kamu
ingin sekali menyatakan rindu
tapi kata hati biar membisu
hati berdebar diam disitu

Saat ku punya kamu
hati ku bahgia disamping kamu
kenakalan serta teguran mu itu
kadang-kadang ku rasa seakan lucu

Saat ku punya kamu
tidak akan tegar menunggu waktu
bahkan aku rela masa berlalu
aku akan terus menunggu..

Saat ku punya kamu
adalah saat yang terindah dalam hidupku
saat yang tidak bisa aku lupakan
kerana aku hanya mau kamu
yang selalu dihati ku..

Payungkan Aku

Payungkan aku
Dengan kegembiraan
bukan kesedihan
yang berpanjangan

Payungkan aku
Dengan Kebahagiaan
Bukan linangan
Air mata yang tidak bisa padam

Payungkan aku
Dengan senyuman
agar terhibur diri ku
Tidak sekali kesepian

Payungkan aku
Dengan keikhlasan
agar segalanya bisa aku raih
tanpa ragu dan dendam

Payungkan aku
dengan teman2
agar perjalanan ku
yang ringkas ini
menjadi Riang

Payunglah Bersama ku
si dia yang aku idamkan
kerana dengan adanya dia
aku akan sentiasa bisa bertahan

Payungkanlah aku
kerana aku perlukan
sepanjang hujan
membasahi jalan

Payung kan lah ..Aku.

Andai Kau Setia

Aku Taburkan janjiku tuk bersama mu
Walau dinihari menanti waktu
Saban hari bersabar selalu..

Datang pada ku dengan senyuman
Pegang erat tangan dan juga pelukkan
Tinggalkan penat itu hilang dari degupan
Agar rindu yang melanda bisa melegakan

Berkata-kata hati tidak akan melepaskan
Atas hubungan yang telah dijalinkan
Aku bahgia disamping mu..

Aku dan kamu bisa bersatu
Walaupun adakalanya kita keliru
Adakah perasaan masih disitu
Sedangkan lidah masih lagi kelu..

Kita ketemu tanpa diduga
Malah segalanya telah menjadi rahsia
Hubungan ini sememangnya bahgia
Walaupun tiada siapa mengetahuinya

Percayakan lah aku
Andai kau setia..
Sampai nanti terhibur segala
Kerana aku mau kau sahaja
Hingga nanti menunggu bahgia…

Hargai Cintaku

Berkali aku ulang kata-kata itu
Adakah kau bisa menerima aku
aku menunggu jawapan dari mu
malah kesedihan itu...
hanya aku sahaja yang tahu

Aku tidak pernah mengharap lebih
dari apa pun dari diri mu
cukuplah dirimu mengerti
agar tidak ku ulang lagi
kata-kata sepi itu..

Aku hanya maukan kejujuran
dan ianya terbina ikhlas dari hati
bukan keinginan nafsu ataupun
belas kasihan dari mu
kerana aku hanya mahu
berdampingan dengan dirimu
semahu yang boleh..

Aku pernah berharap
agar kita bisa bersama
pergi ke mana-mana,berjalan berdua
bergembira dan ketawa bersama
tetapi itu hanya angan2 semata-mata

mana mungkin semua itu berlaku
atau mungkin aku tidak punyai
cukup sifat yang membuatkan kau kagum
dengan diri ku...

ikhlas dari hati aku ingin bersama mu
cukuplah aku katakan disini
Hargailah Cintaku yang telah ku beri
sebelum nanti segalanya ..
sudah terlambat.

Topeng Cinta Kita..

Hari ini kau datang
Kemudian kau pergi..
Kau tinggalkan aku sendiri
Di kamar ini..sepi..

Membiarkan aku bisu tanpa kata
Dan tidak terjawap persoalannya
Aku kaget lalu diam terdampar

Bisakah kita bertahan
Membenarkan diri terus emosi
Melanda gelisah suram suara
Bertanya bila bisa ketemu lagi

Aku celaru dalam gelap
Menanti bayang-bayang tiada wajah
Seakan berbisik nilai percuma
Sedangkan hati meronta tuk bicara

Cinta ini bukan permainan
Malah tulus hati tidak mau lepaskan
Sembunyi diri dalam ketahuan
Oleh insan-insan yang mahukan jawapan

Kubiarkan hubungan ini menjadi tanda tanya
Tiada siapa yang bisa Meneka
Kerana ini adalah cinta kita
Disebalik topeng tersingkap rahsia.

Kek sepi..

Menghidupkan lilin yang sedia berdiri
bertanya2 akan tibakah dikau nanti
hampir pasti kerana kehadiran sms itu menjadi bukti
aku tahu engkau tidak jauh dan mungkin akan sampai sebentar lagi..

Aku sediakan semuanya kerana ini janji diri ku
membuat kejutan dihari jadi mu
masakan kau perlu tahu..kerana aku lakukan juga kerana diri mu
aku menanti lagi ..dengan penuh sabar..

Meja itu terisi kek,lilin yang indah menyinari malam,
minuman sudah tentu ada,aku hanya perlu tunggu
tiba masa kau pasti membalas sms datang walaupun sudah lewat malam..

Kau bersama teman2mu..pastinya menyambut hari jadi mu
aku biarkan dan rela...
aku menghantar msg kepada mu..mungkin kau bisa singgah
menemani aku..dan yang aku tahu..aku mau kau happy bersama aku
dan aku mau meraih kegembiraan ini seperti mana dilakukan teman2 mu
itu juga sudah cukup puas buat diri ku..

Akhirnya..
kek ini hampir sepi tidak terisi..sms juga mati..aku mengeluh panjang
lilin telah dibakar tuk di tiup,kek telah terhidang utk dimakan,
camera telah disediakan tuk diambil gambar,malangnya...kau tidak hadir
Akhirnya ..kek yang sepi ini aku makan sendiri..tanpa rela ..tapi dengan penuh paksa..
dari terus membazir sahaja...

Mungkin juga aku belum cukup kuat memberi makna pada diri mu..
dan mungkin juga aku telah lupa ..yang kau tidak pernah berharap semua ini terjadi..
jika kau mahu..kau datang..jika kau sedia..beredar pergi..

Jangan kau tanya tentang kek itu lagi..
kerana semuanya telah..... Sepi.

Janji Dengan Ku

Bahagiakan Insan itu
setelah kau tinggalkan aku
Kau Berikan Dia bahgia
Agar dia tidak akan merana

Luangkan Masa itu
Setelah kau gagal berikan dulu
kerana itu yang aku tahu
Dia bisa menyayangimu
tidak berpaling..terus berlalu..

Jalinkan Ikatan Sayang
Seperti kau sayang padaku
Sewaktu dulu-dulu
kerana sayang mu
bisa menghilangkan
debaran hatinya nanti..

Berjanjilah dengan ku
agar dia tidak akan dikecewakan
kerana kepahitan bukan mudah
tuk ditelan..

Berubahlah demi kebaikan
Setia sepanjang zaman
agar satu hari nanti
tiada yang akan berduka
Dan terus Berdendam.

Coretan Hati

Memikirkan kesudahan kita
sedangkan hati belum puas tuk merasa
seakan dekat seakan tiada
coretkan kata2 pada hati
agar ianya tidak hilang dan kekal abadi

Coretkan kata2 itu
pada hati yang sentiasa mengingati
merasa bahgia bila berjumpa
merasa sayang tuk melepaskan begitu sahaja

Hati sentiasa menerima
keriangan,kekecewaan dan pengalaman yang indah
terkadang sayu,terkadang ianya segar sampai bila2

Hati ku ingin coretkan namamu
agar ianya sentiasa menjadi simbol
kenangan terindah yang nyaman
yang biasa membuatkan hati terhibur
walaupun dimana jua aku berada

Kerana pada hati
coretan ini akan kekal
buat selama-lamanya.

Aku Tersenyum..

Lembaran baru pada hari ini
kau membuatku tersenyum
dengan kata-kata yang tidak ku jangka
aku terhibur seketika

Perjalanan sunyi ini harus dilalui
walaupun kelibat dirimu tidak jua kelihatan
namun setiap detik masih terbayang
akan kata-kata yang bisa menyenangkan

Puisikan setiap kata-kata
agar aku bisa tersenyum
dan melihat dirimu dengan lebih dekat
walaupun kita jauh tapi hati kita masih disini

Aku masih merasakan genggaman mu itu
genggaman yang tidak pernah dilepaskan
namun segalanya mendewasakan
aku kini tidak keseorangan
masih punya ramai teman-teman

menilai dirimu..aku tersenyum...

Ku Ingin Melihat Mu..

Lantunkanlah Suara ku pada hati mu
agar bisa kau dengar getaran ini
getaran yang berbisik kesetiaan yang tidak pernah tegar

Pisahkan kepahitan ini
kerana aku sudah tidak sanggup menanggung deritanya
sering meronta ingin mendengar kau berbicara
dan bisa berbisik mesra agar aku terhibur

Jiwa ku inginkan kamu
dengan sepasang mata yang aku ada
aku ingin sekali melihat kamu
bukan sahaja berbicara,bercerita malah mampu tersenyum
kerana hanya itulah ubat yang bisa menyembuhkan daku

Aku ingin melihat kamu
walaupun kau hadir hanya
sekejap..kerana kau perlu tahu..
aku amat rindukan kamu

Terbang Tinggi-tinggi

Jika aku mempunyai sayap
akan ku terbang naik ke awan
berterbangan bebas bak burung di duniawi
merasa keindahan di alam semulajadi

Terbang tanpa rasa ragu
pergi kemana sahaja yang aku mahu
Kudratku tidak akan mengatakan penat
mataku tidak akan henti-henti melihat

Aku mahukan ketenangan
pergi ke atas gunung
dan merasa kepuasan menjalani kehidupan
Pastinya aku bisa meraih kekuatan
tanpa merasa lelah berhadapan dengan keadaan

Selain berjalan aku juga mau terbang
tapi ini takdir dari Tuhan yang telah menentukan setiap kejadian
dan aku bersyukur kerana terkadang mimpiku juga membolehkan
aku terbang walaupun ianya hanya angan2.

Terbangkanlah aku dari jiwa yang terluka
merasa bahgia dari derita
merasakan ada nikmat yang membolehkan
aku bisa terus bergembira

Aku masih mempunyai sayap
sayap ku ada pada mereka2 yang menyayangi diri ini
semangat serta sokongan tanpa henti
membolehkan aku terus hidup dan terbang tinggi-tinggi

Buzykah dirimu..

Buzykah dirimu melawat diriku
bertanya-tanya kapan kau tiba
mencari sesuatu buat ku senang
tidak muncul hingga ke petang

Buzy terus dan terus menghilang
mencari rupa mau pun bayang-bayang
dari siang hinggalah ke malam
hari2 semakin suram

Buzykah dirimu melayan diriku
balasan sms tidak menentu
masakan dulu tak lekang dik waktu
hingga kini melupai aku

Buzykah dirimu mencari aku
sedangkan jalan telah terbentang
bahkan arah dituju telah ku lihatkan
bagi memudahkan kau berjalan

Buzykah dirimu menjawap panggilanku
sedangkan hanphone selalu ditepimu
hingga deringan bertalu-talu
lupakah engkau akan janjimu

Buzykah dirimu buat diriku
adakah hingga terhenti nafas ku
sedangkan kau mempermainkan aku
hingga lelah menatap gambar mu

buzykah dirimu buat diriku
hingga nanti tak mungkin bersatu ..
sayu...

Cinta Karma

Aku pernah membenarkan diri tuk dicinta
kurela berkorban apa sahaja demi kau..
merasa gembira dan bersedia dalam segala
apa yang telah kau janjikan

Kau katakan ini cinta..cinta yg tidak
berlandaskan paksaan
sebaliknya ianya adalah keikhlasan
dari hati yang benar2 cinta..

Kau memberikan aku harapan
hinggakan aku alpa
dan merasakan kaulah segalanya..

Lalu kau pergi dengan memberikan aku
kepahitan hinggakan aku tidak bisa bangun lagi..

Aku teruskan perjalanan ini
walaupun Penawarnya
sukar tuk aku ketemui..

Kemudian kau muncul kembali tuk menyemai
segala benih2 cinta yang telah lama mati..
kau hadir dan aku ada disini..
aku tidak menolak kedatangan kau malah menyambut mesra..
kau mengucapkan kata2 seperti yang pernahku dengar dahalu..


Segalanya telah mengajar ku
erti kesabaran..
melupakan apa yang telah terjadi
agar aku tidak menangis lagi..

Dan kita cinta aku beri
Khas buat kau yang ingin menagihnya kembali
kerana cinta ku bukan cinta yang dahalu
sebaliknya cintakarma yang harus kau hadapi..
hingga akhir nanti..

Ruang Masih Kosong

kami bertemu ditempat biasa
hampir ke10 kami semua
turut terbabit cinta lama
ingin ku katakan disini
aku melayan mereka sama rata
tiada benci tiada kecewa
aku sayang kesemuanya
ada yang mempunyai nilai yang murni
ada juga bersikap durjana
membenarkan diri dipersenda
tidak kira tempat atau masa
perjalanan cinta telah diubah
cinta lama tidak diterima
aku tidak mahu menyesal lagi
cukup atas apa yang telah terjadi
aku sudah puas menongkah arus
merasa bahgia,kecewa dan berduka
aku terima kerana ini adalah kehidupan
dan segalanya harus aku tangani
demi meneruskan kehidupan di muka bumi
Ruang ini masih kosong dan dibiar kosong
kerana yang datang selalunya akan pergi
pergi menghilangkan diri
hari ini dia pergi
esok dia kembali
dan pergi dan kembali
sedangkan ruang ini masih tidak terisi
Kosong..dan sepi.

Menanti...

Penat menanti
lelah berharap
berjalan sunyi
menapak lagi
kata hati
bisa mengerti
kegagalan diri
mengawal emosi

rasa cinta
terugis lagi
bila dirinya
berlalu pergi
hilang dalam gelap
ketawa dalam samar
bicara seakan berbisik
sepi...

Tenangkan diriku
agar pasrah
berharap sudah
benci juga sudah
Benci dalam sunyi
rindu dalam tangisan
ragu dalam setia
Hampa..

Berjalan
menanti
atau terus berlalu pergi...

mengeluh lagi..

Cinta pada Hati

Aku tidak punya Cinta..
tapi aku punya hati..
Aku mencintai insan yang tidak mencintai diri
membenarkan diri parah kerana cinta..
tapi hati tetap menyayangi..
mancari satu jalan agar lebih serasi ..
kata2 telah terluah ..tapi tiada jalan untuk disudah..

Mengapa katakan benci
sedang hati masih sayang
mengapa mesti berjauhan
sedangkan terbuai dik mimpi dalam pelukan
mengapa perlu mengeluh ..
sedangkan dia masih disini..

Cinta hati bisa mati
mencari insan lain buat penganti..
mengapa dirinya harus dicurigai sedangkan
nilai sayang itu masih terisi..

"Titisan Demi titisan
airmata ku jatuh berlinangan
ku gengam gambar mu dalam pelukkan mesra
tak mungkin dapat ku melupakan mu..sayang..
didalam dunia ini tak mungkin dapat ku cari
penganti diri mu.."

Bicara pada bintang..
Menanti detik penuh kesabaran
selagi ada nilai cinta terpendam
selagi itu hati tetap merelakan..
walaupun pada hakikatnya

Kau memang kejam.

Seminggu peluang Buat mu..

Sudah lama tempoh diberi..
dan dalam masa itu..
belbagai cabaran yang aku lalui

kesabaran ku adakalanya teruji..
namun begitu pelbagai persoalan terlintas
tuk aku mengenali hati budi.

Ku berikan seminggu peluang buat mu
tuk kita memperbetulkan segala persoalan..
jika janji kau tidak tunaikan..

bye bye..

Jika Kau Ada Masa


Jika kau ada masa..
Berikan lah ianya sedikit utk ku..
kerna ku tahu..
kau pasti melayangkan warkah cinta itu

Jika kau ada masa..
Mampukah kau buktikan sayang mu itu pada ku
tanpa belas simpati dari ku ...

Jika kau ada masa..
Pastinya aku tetap menunggu..
Tunggu dan terus Menunggu....


Tapi Jika kau ada masa...kenapa kau sering melupai aku .
Aku membaca lembaran itu satu persatu..
Dan ianya bukan utk ku..

Aku mahu menangis kesedihan jika aku melihat
kau sering menghabiskan masa dengan teman2 mu
mencoretkan kata2 dilembaran mereka..bergurau senda
sedangkan kau kata kau tidak ada masa..

Dan Jika kini kau ada masa...
Jangan sesekali kau lupa..
akulah seorg insan yang setia..

Tetapi..

Jika kau sudah tidak punya masa
dan tidak berupaya ..membangunkan cinta kita
aku rela..tapi dengan satu syarat..

lupakan aku
Hari ini
esok...
selamanya...

Cinta

Jika Hanya cinta
aku hanya cinta kamu
jika cinta itu tulus
pastinya aku tidak pasti tega
jangan bermain cinta
kerana aku pasti dilukai..
kerana cinta..aku bisa menderita.
bukan sahaja hari ini

tetapi..


SELAMANYA...