Saturday, October 9, 2010

Kek sepi..

Menghidupkan lilin yang sedia berdiri
bertanya2 akan tibakah dikau nanti
hampir pasti kerana kehadiran sms itu menjadi bukti
aku tahu engkau tidak jauh dan mungkin akan sampai sebentar lagi..

Aku sediakan semuanya kerana ini janji diri ku
membuat kejutan dihari jadi mu
masakan kau perlu tahu..kerana aku lakukan juga kerana diri mu
aku menanti lagi ..dengan penuh sabar..

Meja itu terisi kek,lilin yang indah menyinari malam,
minuman sudah tentu ada,aku hanya perlu tunggu
tiba masa kau pasti membalas sms datang walaupun sudah lewat malam..

Kau bersama teman2mu..pastinya menyambut hari jadi mu
aku biarkan dan rela...
aku menghantar msg kepada mu..mungkin kau bisa singgah
menemani aku..dan yang aku tahu..aku mau kau happy bersama aku
dan aku mau meraih kegembiraan ini seperti mana dilakukan teman2 mu
itu juga sudah cukup puas buat diri ku..

Akhirnya..
kek ini hampir sepi tidak terisi..sms juga mati..aku mengeluh panjang
lilin telah dibakar tuk di tiup,kek telah terhidang utk dimakan,
camera telah disediakan tuk diambil gambar,malangnya...kau tidak hadir
Akhirnya ..kek yang sepi ini aku makan sendiri..tanpa rela ..tapi dengan penuh paksa..
dari terus membazir sahaja...

Mungkin juga aku belum cukup kuat memberi makna pada diri mu..
dan mungkin juga aku telah lupa ..yang kau tidak pernah berharap semua ini terjadi..
jika kau mahu..kau datang..jika kau sedia..beredar pergi..

Jangan kau tanya tentang kek itu lagi..
kerana semuanya telah..... Sepi.

No comments: