Wednesday, July 24, 2013

Episod 3 :Lipstik Cinta : Meja Di tepi Sawah..

Aku melakar Gambar pendangan lagi..kali ini aku sertakan layang2 dan juga sedikit warna lain dalam ukiran ku ini..Kalau ada cuti panjang macam ini..Ditepi sawahlah tempat aku mencari ilham,melayan perasaan,menyanyi dan bersiulan, kalau cuaca petang2 macam ini memang tiada siapa akan pandang ..kecuali time tu ada pasar malam di pekan, kalau ada dua tiga orang lalu lalang pastinya akan menyapa ..melihat sambil senyum..alaaa ini adalah untuk suka2..kalau mereka senyum dan memuji makanya mereka suka..

Aku melihat sekumpulan budak2 bermain dihujung sana..aku tersenyum..Ada wajah yang aku kenal..sapa lagi ..Diki lah..hahaha..sibuk sahaja..Pernah aku berlalu pergi dari situ sebab Diki memang suka menganggu..Dia kadang2 macam nak membantu..tapi keadaan akan menjadi lagi teruk..sebab itu dia lebih suka menyendiri dari insan lain..

"Haaaa....Kau lagi..ko buat aper kat sini hah " aku menoleh ke belakang..suara itu memang hari2 aku dengar..Diki duduk ditepi aku..betul2 di sebelah meja aku ni.."Duduk di rumput yer ..kerusi tak der.."..Diki duduk sahaja sambil melihat lukisan aku sambil tak faham.." eah Rin..Kenapa banyak sangat warna Jingga nie..petang tak macam nie..tak warna nie"..aku pun menjeling dia "eee sibuk la kau ni Diki"..

Sedar tak sedar dah satu Jam aku melakar..hanya warna jingga yang aku bubuh..kemudian " Cantik lukisan awak.."..Diki Menoleh ..Aku jadi tak karuan, diki mengerut muka tanda tidak kenal..Aku pun mulakan bicara " eah awak...saya ingat awak..duduk la..tapi tak der kerusi ya .. Diki berganjak tanda tak mau tegur lelaki itu " wei aku balik dulu lah..ko jangan lama2 plak kat sini..nanti banyak nyamuk.., Diki berlalu sambil melambai..Bukan dia tak mau bercampur mungkin dia tidak biasa..

Berdua..

Dia melihat lakaran aku.." Pandai awk lakar"..aku senyum..tanda malu..mulakan bicara " hmmm awak tinggal dekat2 sini ker..?" dia pun berkata " saya tinggal di taman depan sana..tak jauh dari sini..Sebenarnya saya datang ke sini untuk lihat Sawah terbentang ini..kawan2 sekelas kata dekat tepi ini ada banyak ikan..jadi saya nak tengok la "..saya senyum.." owh ikan ..kalau kat sini tiada ikan..anak ikan adalah"..kami bergelak berdua..

Aku bawa dia jalan2 melihat sawah peninggalan arwah atuk..disitulah kami mulakan hidup..dengan adanya sawah ini aku tinggalkan Meja dan disinilah aku selalu melayan perasaan..separuh hati ku disini..

"Eah sudah petang saya kena Pulang..Mujurlah saya bawa basikal bersama..tidak jauh..tak sampai maghrib pasti saya dah sampai.." aku angguk tanda setuju..

Dia mula mengayuh..

"oh ya..Rumah awak di mana " ..aku menunjukkan rumahku tidak jauh di sawah itu..ku halakan ke rumah berwarna Biru itu..

Dia angguk..lalu mengayuh dan berlalu...

Aku Membawa semua peralatan..di jendela aku termenung..

Apakah yang akan berlalu seterusnya..Siapakah dia Sebenarnya....

No comments: