Sunday, October 13, 2013

Episod 6 :Lipstik Cinta : Impian Ke Bandar




Balik dengan rasa puas hati, soalan2 peperiksaan tadi sangat kacang sahaja...yerlah tinggal di kampung, tidak ke bandar, tidak keluar bermain bola, tidak lepak mana2, masa dihabiskan tuk mengulangkaji pelajaran memang tak dipersiakan oleh aku..peperiksaan tamat, dan tibalah masanya aku mencari kerja tuk membantu keluarga..

Ayah Melarang..
Entah kenapa ayah melarang aku tuk ke bandar, sesekali tidak, aku ni dah macam anak dara, kenapa ayah begitu aku pun tidak tahu..aku memang anak yang baik , tidak pernah menolak atau pun mengingkari kata2 ayah ..tapi kenapa tidak aku kebandar tuk bekerja..lalu aku memujuk Diki..Diki sangat bijak dalam hal2 penipuan ini..lalu kami sepakat. Diki katakan yang kami mahu tidur di rumah kawan jadi kami mulakan misi..

Suasana dibandar penuh sesak dengan kenderaan, baru aku kenal erti kebebasan, terasa langit yang lapang, barang2 yang dijual semua tidak mampu dibeli oleh aku..almaklumlah aku orang kampung..kami hanya pakai apa yang mampu sahaja..

"Wei ko dah puas belum" Diki ajak aku balik " alaaa nantilah awal lagi.." aku memujuk Diki..aku kalau boleh nak tengok banyak benda lagi kat sini.."Kau untung Diki..ayah kau selalu sahaja kasi kau ke sini, tapi ayah kita tak sama" ..hmmm Diki diam..lalu Diki pun berkata.."eah ari tu aku nampak mak kau cakap dengan seorang pompuan lah.." aku terkejut.." eah yer ker ?" lalu Diki cakap lagi ..dia dengar semua perkataan dari mulut perempuan itu.." yang aku dengar dia cakap.."Kau tak akan terlepas!! " ..aku pun terkejut , mak kau diam sahaja..." aku memandang Diki lagi..kenapa sampai jadi macam tu..apakah yang telah berlaku...Aku bergegas bergerak, tanpa tunggu Diki aku terus ingin pulang ke rumah " wei wei wei...asal ko ni " ..Diki mula mengejar..tanda tidak setuju Diki aku dengan keputusan aku...

Ayah Menampar
Ayah naik angin " Dah berapa kali aku kata, jangan pergi ke bandar, jangan pergi ke bandar..Degillah kau ni..!! " aku hampir mengalirkan air mata..aku tak faham kenapa ayah begitu marah sangat..aku berlari ke dapur..ibu disitu " sudah2 lah ayah..janji dia selamat pulang"..Diki mula pasang selipar dan beredar.."erkk pakcik saya balik dulu lah yerk.." Ayah merenung Diki dengan tajam..nasib baik tak kena marah.

ibu ketuk bilik aku, aku tahu ibu risau dengan keadaan yang aku sendiri tidak mengerti..tapi ibu hanya pesan..dia risau akan keselamatan aku, dia kata Ayah banyak musuh, dia ceritakan satu persatu bagaimana kami sampai ke situ, Dahulunya ayah adalah seorang ahli perniagaan yang terkenal, hartanya telah diambil oleh orang2 yang memang dengkikan kegemilangan ayah, jadi ayah mengambil keputusan utk merahsiakan dan bersembunyi di kampung, memang ada document yang ayah simpan utk masa depan anaknya..yerlah fazrin seorang anaknya, itu satu2nya zuriat yang dia ada.

Aku mula mengerti..esok pagi selepas solat subuh , aku memohon maaf kepada ayah dan tidak akan buat begitu lagi.

Dijambatan Kecil
Aku berjumpa dengan akmal hari ini..Satu persatu masalah aku ceritakan kepada dia, dia sangat memahami, berdanding Diki dia sangat serius mendengar..lalu bagi melembutkan hati aku yang gundah gulana dia menawarkan supaya aku mengikutnya balik ke rumahnya..di bandar ...aku ibarat macam kena sampuk ..tanpa berfikir panjang, hanya memandang kebaikan yang dia ada aku mengikut dia..


Rumah Besar Diatas bukit
"Rumah ini dibeli oleh Ayahnya yang sudah tiada 5 tahun yang lalu" itu yang dikatakan..Rumah ini sangat besar, siap ada 2 orang lelaki berpakaian berwarna hitam..memandang aku dengan penuh gerun, aku buat macam tiada apa yang berlalu, bila masuk didalam rumah, ternampak seorang wanita, bermakeup tebal, duduk dikerusi sambil memegang seekor kucing berwarna hitam..Ibunya merenung tajam.

"Assalamulaikum auntie .." aku mulakan bicara ..wanita itu hanya senyum..tanpa berkata apa hanya menghidangkan makanan yang telah tersedia di meja, dia memandang akmal tanda suruh naik..aku terkebil2 disitu..bagai tak jejak bumi dibuatnya..kenapa dia mau makan berdua dengan aku.. " hmmm Auntie happy anak datang ini.." wanita itu senyum tanda suka..tidak tahu kenapa , kehadiran aku diberi layanan yang sangat mesra..satu persatu soalan diberikan, sehinggalah soalan berkenaan keluarga..aku pun tidak tahu kenapa aku ceritakan satu persatu kepada wanita itu"

Pisau Terjatuh
Sebaik aku mengangkat pinggan ke dapur, aku melihat wanita itu memegang tangan akmal dengan kerasnya..lalu yang aku perasan sebilah pisau terjatuh ke lantai..wajah akmal bagai dirasuk..lalu ku dengar suara wanita itu berbisik " Bukan dia..sabar!"..aku menjadi terkedu.. " akmal..saya ingin pulang"..lalu akmal menghantar aku pulang..sepanjang jalan dia terdiam.

Keadaan menjadi Misteri...

No comments: