Sunday, October 13, 2013

Episod 7 :Lipstik Cinta : X Terjawap...

Banyak soalan yang tidak terjawap kebelakangan ini..semakin aku fikir semakin bercelaru, dapat tahu dari Diki, wanita yang ambil Akmal itu, adalah wanita yang memarahi ibunya satu ketika dahulu, kenapa boleh jadi begitu, wanita itu melayannya dengan begitu baik, agak terkejut...tapi sesekali aku menjadi risau, bila ibu menceritakan segala2nya yang ayah banyak kenalan dibandar, mempunyai wang yang banyak dan juga merahsiakan segalanya2 dari aku, kenapa segala masalah ini tiba2 terjadi.

Malam yang Sunyi..
Hari ini..Ayah mengajak kami anak beranak utk duduk bersama2, terdapat satu kotak di hadapan meja, Ayah membuka kotak tersebut..oleh kerana esok adalah hari terakhir aku tinggal dikampung..akan melanjutkan pelajaran di sebuah universiti, sangat teruja dan sangat sedih...jadi ayah ada perkara penting yang ingin disampaikan.dia memberikan banyak buku kepada aku, ada buku acc yang tidak aku sempat melihat jumlahnya, catitan nota2,gambar dan juga alamat seorang lelaki..terlalu banyak yang ayah ceritakan malam ni, sambil rasa sedih aku membungkus segalanya2nya masuk ke dalam beg ayah kata segala doc ini hendaklah diberikan kepada Pakcik Amir. walaupun keadaan ayah sangat tidak mengizinkan ayah tetap menghantar aku.

Terasa Sunyi
Hanya aku seorang disini..hampir setiap Tahun aku menulis nota buat Ayah dan Ibu, aku tidak tahu kenapa aku tidak dibenarkan pulang, Ayah hanya membenarkan aku tinggal dirumah pakcik Amir sahaja, adakalanya ayah datang bersama ibu ..aku tidak tahu apa ikatan pakcik Amir ni, tapi dia sentiasa menjaga aku dengan baik..aku tahu sebenarnya aku bukanlah keluarga yang susah, dan banyak sebab2 yang dirahsiakan dari kawan2 serta pihak2 lain. Banyak cerita yang aku dengar terpaksa aku rahsiakan, aku perlu jadi anak yang taat dan bersifat sederhana dari orang lain..ini semua utk keselamatan aku..sesekali Diki bersama, Diki kata dia selalu ulang alik ke bangunan mewah itu, dia mempunyai teman wanita yang sangat cantik,Ayahnya juga menyuruh Diki rahsiakan segalanya dari orang ramai.."wei aku peliklah ayah ko ni macam2 suruh, aku rahsiakan aku jadi peliklah"..."Diki nanti ko tau lah ok..sabar ko kan kawan baik aku"..Diki bangga dengan aku yang dapat sambung belajar " Tak sangka ko anak orang kaya haha..bagi la aku kekayaan ko sikit wei" ..aku melihat wajah Diki.."ish ko ni..aku tak kayalah bapak akulah yang kaya".. Diki pulang dengan harapan dapat jumpa aku lagi..

Belajar Tamat
Aku terus disuruh oleh pakcik amir utk practikal di salah sebuah company diibu kota banyak benda2 yang aku sendiri tak faham tapi kena uruskan, aku belajar satu persatu membuat kan aku memahami segalanya dengan lebih mudah, orang disini sangat baik2 , pakcik pun baik juga banyak dia ajar aku, disini aku ramai kawan termasuklah shira (Bukan nama sebenar..) dia lelaki tetapi nak jadi pompuan sangat, kulitnya putih bersih, setiap kali bercakap terkeluar serak2 dia..dia menjadikan aku confius..asyik cakap pasal lelaki sahaja..aku selalu duduk makan dengan dia..hinggakan ramai orang memandang kami..tanpa shira hidup aku sangat sepi..dia lah penawar, penganti Diki, dia sangat baik macam Diki, sesekali aku rindukan kampung halaman, rindukan lukisan2, tepi sawah, jambatan kecil, melihat orang kampung, suasana disana membuat aku jauh sangat..itulah dulu harapan nak duduk sangat di bandar besar ..sekrang rasa macam menyesal pulak..rindu...

makin lama aku makin hanyut.....yang tak terjawap....aku tidak lagi peduli.




No comments: